Khamis, 21 April 2011

MONITOR LCD





F51e
Size: 15.0"
Resolution: 1024x768Pixel Pitch: 0.297mm
FP855
Size: 18.1"
Resolution: 1080x1024
Pixel Pitch: 0.2805mm
211c
CRT Size: 21.0"
Viewable Size: 20.0"
Resolutions: 1600x1200 @85Hz
Pixel Pitch: 0.26mm
Peranti yang memaparkan data yang dijanakan oleh komputer dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh pengguna.

Paparan pada monitor berkait rapat dengan kad paparan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Pengelasan monitor adalah berdasarkan tahap resolusi dan keupayaannya untuk melakukan nyah segar (refresh). Sebuah monitor yang beresolusi tinggi mampu memaparkan gambar yang lebih tajam. Nyah segar adalah merujuk kepada kemampuan sesebuah monitor untuk memaparkan grafik pada skrin semasa berlaku per tukarannya grafik yang terlalu cepat.
Di samping itu monitor juga terdiri daripada pelbagai saiz yang diukur dalam ukuran inci seperti 14", 15", 17" dan 21". Antara jenama monitor yang terkenal ialah Sony, NEC, ViewSonic dan Wyse Technologies. Kini terdapat jenis monitor yang memancarkan radiasi yang rendah dan menjimatkan tenaga dengan kebolehan tertutup sendiri apabila ianya tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.
Kebanyakan skrin yang ada berasaskan standard SuperVGA, cukup untuk mendapatkan imej yang jelas bagi pengguna biasa. Setup standard ialah paparan 16 ribu warna ( lazimnya lebih banyak lagi bagi Macintosh)
Terdiri dari beberapa jenis seperti:-
  1. Monokrom
  • Diperkenalkan pada tahun 1981
  • Memaparkan teks yang berwarna hijau/oren dan berlatar belakang hitam
  1. CGA
  • Bermaksud Color Graphics Adapter
  • Diperkenalkan pada tahun 1981
  • Memaparkan teks/graphic dalam 4 warna
  1. EGA
  • Bermaksud Enhanced Graphic Adapter
  • Diperkenalkan pada tahun 1984
  • Mempamirkan teks/graphic yang lebih halus dan cantik
  • Memaparkan sehingga 16 warna
  1. GA dan Super VGA
  • Bermaksud Video Graphics Array
  • Diperkenalkan pada tahun 1987 dan Super VGA 1988
  • Memaparkan 256 warna