KENAPA LAPTOP ANDA LEMBAP
Laptop Slow
PC anda mungkin akan menjadi amat perlahan kerana beberapa sebab:
- Masalah harddisk. Jika harddisk anda telah mempunyai sektor yang rosak, ini akan menyebabkan PC anda menjadi perlahan.
- Virus! ‘Update’ antivirus anda dan jalankan imbasan.
- Malware/Spyware! Antara punca PC anda menjadi perlahan juga ialah disebabkan oleh malware/spyware. Sepertimana perisian anti virus, anda perlu ‘update’ anti spyware anda dan jalankan imbasan.
- Kurang RAM! Saya sering memberi cadangan kepada pengguna komputer agar memasang sekurang-kurangnya 512MB untuk XP dan 2GB untuk Vista. Tambahan pula harga RAM pada masa ini tidaklah membebankan sangat.
- Fragmentasi sistem operasi! Seringkali pengguna PC alpa untuk melakukan defragmentasi OS mereka. Anda boleh menggunakan Disk Defragmenter ataupun muatturun lain-lain aplikasi.
- Fail-fail sementara! Jika anda membiarkan PC anda dipenuhi dengan ‘temporary files’ seperti internet cache, *.tmp dan sebagainya, ia juga menyumbang kepada perlahannya PC anda disamping merugikan ruang harddisk! Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggunakan CCleaner dan/atau Glary Utilite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan