TEL:017-6325907( TECH.HAFIZAN) >perkhidmatan membaiki laptop dan pc >perkhidmatan membaiki handphone dan tablet >membekal aksesori dan spare parts laptop dan handphone >Jual beli laptop dan handphone
Ahad, 22 Mei 2011
Masalah ‘Unidentified Network’
Kadangkala, pengguna Windows ( khususnya Windows Vista/7) kerap berdepan dengan masalah ‘unidentified network’ atau rangkaian tidak dikenali hingga menyebabkan tidak dapat akses ke internet.
Bagi Windows Vista/7, anda boleh cuba langkah-langkah berikut :
1.Klik Control Panel. Pastikan paparan adalah View by Icon supaya lebih senang.
2.Dwiklik pada Administrative Tools.
3.Pada tetingkap Administrative Tools,
4.pilih Local Security Policy.
5.Klik Network List Manager Policy dalam Local Security Policy.
6.Klik Network List Manager Policy dan pada tetingkap kanan yang dipaparkan pilih Unidentified Networks.
7.Pilih Properties untuk Unidentified Networks dan pada Location Type pilih Private untuk Home Network. 8.Pada User Permissions, pilih lah yang bersesuaian dengan rangkaian anda.
9.Klik Apply, OK kemudian tutup kesemua tetingkap tadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan